TeRaTaK Ku

TeRaTaK Ku

Salam

Salam kasih dan sayang buat pembaca blog ini..semoga blog ini dapat memberi manfaat dan keceriaan..........

Friday, October 7, 2011

kenduri ibu dan ibu mertuaku menunaikan haji ke mekah

Salam semua,

Tahun 2011 mencatat sejarah istimewa bagi kedua bonda ku...bondaku sayang Hajjah Mariyati Abdul Wahit yang menunaikan haji buat kali kedua dan bonda mertuaku Puan Fatimah Ali menunaikan panggilan kaabah..sayunya hatiku ini..semoga perjalanan kedua insan yang kusayangi mendapat keredhoan Allah dan kembali dengan haji yang mabrur...kenduri ibuku berlangsung pada 1hb Oktober. penuh meriah, ramainya tetamu ibu..aku cuma masakkan ibu nasibukhari..lauk semua ibu yang buat. alhamdulillah...sedang2 aje. hari ini aku buatkan ibu mertuaku nasi arab..harap2 dapat menepati citarasa tetamu nanti....

Tuesday, October 4, 2011

nak makan nasi arab

lamanya tak menuliskan..tp ari ni saje nak tambah dalam jurnal kehidupan saya yang dah sampai ke penghujung tahun 2011 ni. Ahad ari tu, bersama kumpulan space kami dijamu dengan nasi arab. setelah beberapa kali makan dan tak pernah rasa sedap, ari tu rasa macam sedaplah pulak..hik3..implikasinya, ari ni cari resepi nasi arab..n this is what i found and gonna try today..

either this
http://lynathome.blogspot.com/2011/09/nasi-arab-masak-dalam-periuk-elektrik.html

or

http://www.blogresipi.com/2010/02/22/nasi-mandhi-abu-dhabi/

huhu tataulah ada bakat x

or http://periuktanah.blogspot.com/2010/04/nasi-arab.html

Wednesday, February 9, 2011

Abang dan MRSM Merbok

Dah lama aku tak update blog..banyak peristiwa dah berlaku..tak sempat update..sibuk melayan Aaryan dan kerja2 di UKM...

17 Jan

Bila result MRSM keluar hati dah meronta sedih...airmata dah bergenang waktu ambil dia kat sekolah tengahari Jumaat 17 January..org lain menangis sebab anak tak dapat asrama..akulak menangis sebab anak dapat asrama...........sedih betul rasanya..sakit dada bila fikir perpisahan yang bakal berlaku..

Hari demi hari..segala persiapan di beli untuk memenuhi keperluannya disana..dalam sedih kuturutkan jua..sesungguhnya kenyataan itu amat pahit untuk ditelan. Ali Store menjadi tujuan untuk membeli pakaian MRSM. 2 pasang baju dan seluar coklat, begitu juga 2 pasang baju dan seluar coklat..dalam remang senja dan hujan renyai dapatlah persalinan puteraku ini. Kemudian kesogo membeli segala tshirt berkolar dan seluar slack..almaklumlah, anak bujang tiada baju berkolar dan seluar slack..selama ni t-shirt saiz s dan jeans je pakaiannya..ni beratuslah nak siapkan semua kelengkapan baru.

6hb Feb
Seawal 8 pagi, kami sekeluarga bertolak dari Bandar Bukit Mahkota menuju ke Merbok...papa dah siapkan peta.. Adli tidor sepanjang perjalanan. Laluan kami clear..tp laluan sebelah jem teruk..kesian tgk dorang. sampai depan sekolah pukul 1 tengahari...pergi homestay dan zzzzzzzzzzzzzz......semua penat... atuk dan bibik gigih memasak. bangun kul 530 ptg..jalan2 ke bandar sungai petani, cari baju melayu abang..tertinggal. abang..abang......

7 hb feb

awal pagi, atuk, mam dan papa dah siap..si bujang Adli masih tidur..bibik dah siap masak mee goreng. Si manja Aaryan kena tinggal kat umah ngan bibik.

alamak ngantuk..esok sambung entry..hati ternanti@ adli call...tak sabar nak dgr suara dia..( hati dah sebak)

Wednesday, August 25, 2010

esok induce

suspense dan berdebar menanti hari esok............Ya Allah permudahkan segalanya.........