Dah lama aku tak update blog..banyak peristiwa dah berlaku..tak sempat update..sibuk melayan Aaryan dan kerja2 di UKM...
17 Jan
Bila result MRSM keluar hati dah meronta sedih...airmata dah bergenang waktu ambil dia kat sekolah tengahari Jumaat 17 January..org lain menangis sebab anak tak dapat asrama..akulak menangis sebab anak dapat asrama...........sedih betul rasanya..sakit dada bila fikir perpisahan yang bakal berlaku..
Hari demi hari..segala persiapan di beli untuk memenuhi keperluannya disana..dalam sedih kuturutkan jua..sesungguhnya kenyataan itu amat pahit untuk ditelan. Ali Store menjadi tujuan untuk membeli pakaian MRSM. 2 pasang baju dan seluar coklat, begitu juga 2 pasang baju dan seluar coklat..dalam remang senja dan hujan renyai dapatlah persalinan puteraku ini. Kemudian kesogo membeli segala tshirt berkolar dan seluar slack..almaklumlah, anak bujang tiada baju berkolar dan seluar slack..selama ni t-shirt saiz s dan jeans je pakaiannya..ni beratuslah nak siapkan semua kelengkapan baru.
6hb Feb
Seawal 8 pagi, kami sekeluarga bertolak dari Bandar Bukit Mahkota menuju ke Merbok...papa dah siapkan peta.. Adli tidor sepanjang perjalanan. Laluan kami clear..tp laluan sebelah jem teruk..kesian tgk dorang. sampai depan sekolah pukul 1 tengahari...pergi homestay dan zzzzzzzzzzzzzz......semua penat... atuk dan bibik gigih memasak. bangun kul 530 ptg..jalan2 ke bandar sungai petani, cari baju melayu abang..tertinggal. abang..abang......
7 hb feb
awal pagi, atuk, mam dan papa dah siap..si bujang Adli masih tidur..bibik dah siap masak mee goreng. Si manja Aaryan kena tinggal kat umah ngan bibik.
alamak ngantuk..esok sambung entry..hati ternanti@ adli call...tak sabar nak dgr suara dia..( hati dah sebak)