TeRaTaK Ku

TeRaTaK Ku

Salam

Salam kasih dan sayang buat pembaca blog ini..semoga blog ini dapat memberi manfaat dan keceriaan..........
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Reseepi ayam madu

Ayam Masak Madu

Ayam_madu_1Dah lama cari resepi ayam madu..ari ni nak cuba resepi ni by sya_annur@myresipi.com

Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya


Created on : 22-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2-4 )

  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • bawang besar
  • cili kering
  • madu
  • gula merah
  • sos/tomato puree
  • air

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

Saturday, August 21, 2010

Resepi Spaghetti Shrimp Scampi (versi kite hehe)


sorry mak lang kalau salah resepi kita ni..ingat-ingat lupalah..tp alhamdulillah semua suka makan ni.

bahan2
spaghetti direbus dan ditos
ayam
udang
lada benggala, tomato didadu
daun bawang
sedikit butter untuk menumis
bawang putih diracik
jus lemon

cara2
panaskan kuali dan cairkan butter
tumis bawang putih sampai naik bau
masukkan ayam dan udang
bila agak masuk masukkan lada benggala, tomato dan daun bawang
masuk gula garam
dah masak jirus jus lemon

tadaaaaaa...dah siap.

Wednesday, August 18, 2010

resepi ikan dory grilled bersos cili padi

mmm.lazatnya resepi baru ciptaan puan Haniza..eii meleleh air liur..rugi kalau tak cuba..selalu saya beli ikan dory tp tak reti nak masak apa..balik2 sweet sour..tp resepi ciptaan kak niza ni memang special..tak sabar nak cari ikan dory esok untuk buka puasa..apa lagi mari tengok resepinya

1, ikan dory tu grill ..

2. gravy dia tu buat macam msk lmk cili api pekat2..
3. blend bwg merah, bwg putih,halia,cili padi, kunyit n buah keras..tumis.hiris daun kunyit nipis2.mskkn santan pekat sket, rasa asam garamnya..

4. then tuang atas ikan grill tadi..

tadaaaaaa...dah siap..senang kan..huhu...tak sabar nak cuba resepi ni

Resepi Laksa Johor

Hajat dihati nak suruh hubby beli lalsa johor ni di pasar ramadhan tp dia lak request kita buat. so, nilah lagi satu resepi orang malas...as usual i wanna make it easy to do supaya tidak merasa beban membuatnya..selalu org rasa buat laksa johor ni susah sebenarnya simple je.

Bahan2

Utama
Spaghetti direbus dengan minyak dan sedikit garam..dah masak disiram bawah air mengalir dan tos

Kuah

1.Ikan direbus dan dikisar (apa2 jenis ikan lagi sedap ikan tenggiri)
2.Udang dikisar(tak yah banyak buat rasa jer)
3.bawang putih,bawang merah,halia,serai
4.asam keping
5.santan
6.serbuk kari, cili kisar (sikit je)

Cara membuat kuah

1. tumis bahan 3 sampai naik bau, masukkan bahan 6 sampai naik bau jugak
2. masukkan bahan 1 + 2 sampai agak menggelegak
3. masukkan santan + asam keping+ gula + garam
4. biarkan menggelegak
5. kecilkan api sehingga naik minyak
done

Bahan ulam
timun
daun kesum dihiris nipis
kacang panjang dipotong bulat2
limau kasturi
taugeh

last
sambal belacan

mmmmm.....senangkan.....makan sehingga mennjilat sudu..hehehe...sorry terlupa nak snap. tak sangka azeem pun suka.

Wednesday, December 30, 2009

resepi soto

ini pun satu lagi resepi yang mudah...as usual..i always want to make it easy sebab malas nak masak lama2


bahan

Side

ayam belah 4- digoreng dan disiat
daun sup daun bawang
taugeh
bawang goreng

bergedil
kentang direbus dan dilenyek
bawang besar potong dadu
daging/ayam cincang -tak letak pun takpe
sedikit garam
daun sup - optional

campurkan semua bahan dan dibuat bentuk bulat...tapi nak buat bentuk dinasour pun boleh..ikut suka..hehehe..ni nak bagi anak minat nak makan
sebelum digoreng, salutkan dengan tepung ( supaya tak pecah masa goreng)
celupkan dengan telur yang telah dipukul
dan goreng ................


sambal kicap
seulas bawang putih
cili padi secukup rasa
kicap manis


kuah
tulang-tulang ayam/ fresh dan daripada ayam yang disiat
halia
rempah tumis
bawang putih - 4 ulas- hiris nipis
bawang merah besar - hiris bulat2 or belah dua dan hiris

cara

rebus ayam dengan halia sampai mendidih dan mengeluarkan aroma yang harum..

dalam kuali
panaskan minyak masak
tumis rempah tumis (kayu manis, pelaga etc) sampai naik bau
masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris
bila dah naik bau, masukkan kesemuanya termasuk minyak gorengan kedalam sup
tambahkan 2 sudu minyak bekas goreng ayam untuk rasa yang lebih ummp...
pastikan minyak goreng aym adalah yang pertamakali digunakan supaya belum toksik lagi.

selamat mencuba...............mmm..yummy..yummy...


anti kita cuba dapatkan resepi soto daripada Puan Faiiza..kakak iparku...

Resepi Kuih Bakar

resepi ni diubahsuai daripada resepi adik iparku puan Suhaiza (thanks sue)....org malas memang sentiasa mencari jalan supaya boleh buat dengan senang hehehe

1 tin susu pekat ( lebih sedap cap giant)
1 tin air pandan
1 tin tepung gandum
4 biji telur
secubit garam

blend semua sekali
masuk dalam loyang yang telah disapu minyak makan..
bakar lebih kurang 20 minit...mmm..yummy...
nanti kalau anie buat kuih ni insyaallah diupload gambarnya..tapi memang sedap..