TeRaTaK Ku

TeRaTaK Ku

Salam

Salam kasih dan sayang buat pembaca blog ini..semoga blog ini dapat memberi manfaat dan keceriaan..........

Sunday, August 22, 2010

Reseepi ayam madu

Ayam Masak Madu

Ayam_madu_1Dah lama cari resepi ayam madu..ari ni nak cuba resepi ni by sya_annur@myresipi.com

Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya


Created on : 22-07-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 2-4 )

  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • bawang besar
  • cili kering
  • madu
  • gula merah
  • sos/tomato puree
  • air

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

1 comment:

anie azmie said...

dah cuba...best...azeem pun makan