TeRaTaK Ku

TeRaTaK Ku

Salam

Salam kasih dan sayang buat pembaca blog ini..semoga blog ini dapat memberi manfaat dan keceriaan..........

Monday, August 23, 2010

check up buat kali terakhir

Salam semua,

ari ni bangun lewat sikit..biasanya kalau g check up kul 8 aku dah ada kat kaunter azzahrah sebab nak dapat nombor 1. tp pagi ni lambat sikit sbb tidur lepas subuh n bawak sicomel azeem dan alisha. sampai azzahrah kul 845. dijangka dapat jumpa doc another 2 hours. comel sungguh budak dua orang ni..dengar suara diorang jer.

so, disebabkan dpt sms dari kak sal kata dia dah bersalin. aku pun angkut dua ketul ke annur. sampai bilik kak sal kul 920 pagi. kak sal bersalin pukul 5 pagi. anak lelaki 3.44 kg. dia pun cam aku gak..bersalin di akhir umo 30 an...hai jumpa jer..dia kata seksanya nak bersalin kali ni..tak cukup tenaga nak push. sampai 6 kali push baru dapat keluarkan baby..eii takutnya aku dgr..seriau..jantung rasa berdebar2... tepat jam 1020 aku dan azeem dan alisha bergerak semula ke azzahrah.

sampai azzahrah kul 1030. patient yang jumpa doc patient no 7. maknanya lepas ni aku..ok gak..pandai juga we all bajet masa. masuk jumpa doc.. doc scan ..n cakap.."perut u ni besar betul..mungkin baby besar" bila di scan..ha...dah 3.44 kg. dan air banyak semula dah 19 pulak. last 2 weeks berat baby 2.86 dan air 14. so doc kata kita induce lah masuk 38 weeks...alhamdulillah..so doc dah set date 26th ogos utnuk induce. takut baby makin besar kalau tunggu lebih lama..dan dia kesian tgk cara aku berjalan. i am happy..but also scared mengenangkan kisah kak sal tadi. Aku berdoa..semuanya dipermudahkan Allah.

bila buka fb..another good news...Rajen bagitau boleh check keputusan induksi dalam SMK..alhamdulillah lulus..walaupun tah apa2 yang aku jawab ritu..

No comments: