Disinilah tempat ku rehatkan minda dan mencari idea...syukur..Allah beriku kesempatan ini
TeRaTaK Ku
Salam
Salam kasih dan sayang buat pembaca blog ini..semoga blog ini dapat memberi manfaat dan keceriaan..........
Wednesday, August 25, 2010
esok induce
suspense dan berdebar menanti hari esok............Ya Allah permudahkan segalanya.........
Monday, August 23, 2010
check up buat kali terakhir
Salam semua,
ari ni bangun lewat sikit..biasanya kalau g check up kul 8 aku dah ada kat kaunter azzahrah sebab nak dapat nombor 1. tp pagi ni lambat sikit sbb tidur lepas subuh n bawak sicomel azeem dan alisha. sampai azzahrah kul 845. dijangka dapat jumpa doc another 2 hours. comel sungguh budak dua orang ni..dengar suara diorang jer.
so, disebabkan dpt sms dari kak sal kata dia dah bersalin. aku pun angkut dua ketul ke annur. sampai bilik kak sal kul 920 pagi. kak sal bersalin pukul 5 pagi. anak lelaki 3.44 kg. dia pun cam aku gak..bersalin di akhir umo 30 an...hai jumpa jer..dia kata seksanya nak bersalin kali ni..tak cukup tenaga nak push. sampai 6 kali push baru dapat keluarkan baby..eii takutnya aku dgr..seriau..jantung rasa berdebar2... tepat jam 1020 aku dan azeem dan alisha bergerak semula ke azzahrah.
sampai azzahrah kul 1030. patient yang jumpa doc patient no 7. maknanya lepas ni aku..ok gak..pandai juga we all bajet masa. masuk jumpa doc.. doc scan ..n cakap.."perut u ni besar betul..mungkin baby besar" bila di scan..ha...dah 3.44 kg. dan air banyak semula dah 19 pulak. last 2 weeks berat baby 2.86 dan air 14. so doc kata kita induce lah masuk 38 weeks...alhamdulillah..so doc dah set date 26th ogos utnuk induce. takut baby makin besar kalau tunggu lebih lama..dan dia kesian tgk cara aku berjalan. i am happy..but also scared mengenangkan kisah kak sal tadi. Aku berdoa..semuanya dipermudahkan Allah.
bila buka fb..another good news...Rajen bagitau boleh check keputusan induksi dalam SMK..alhamdulillah lulus..walaupun tah apa2 yang aku jawab ritu..

Sunday, August 22, 2010
Reseepi ayam madu
Ayam Masak Madu
Dah lama cari resepi ayam madu..ari ni nak cuba resepi ni by sya_annur@myresipi.com
Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya
Created on : 22-07-2006
Bahan-bahan ( 2-4 )
- 1/2 ekor ayam
- garam
- kunyit
- 1 sudu rempah kari ayam
- 3 ulas bawang putih
- 1 inch halia
- bawang besar
- cili kering
- madu
- gula merah
- sos/tomato puree
- air
Cara-cara
- Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
- Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
- Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
- Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.
Saturday, August 21, 2010
model jelita
azeem n alisha dijemput jadi model lagi.kali ni majalah jelita. tetiba monday 16th august Wong Yong Yong dari poney called n mentioned that Shahila dr majalah jelita nak model utk mag dorang so she suggest these two angels of mine. so, hehehe..maybe she think that dorang tulah yang terpaling comel antara semua model yang dorang ada.. hehehe............perasan betul mama dorang nikan..hehehe.......So nilah post2 dorang. azeem mula-mula malu, penat papa..macam-macam cerita kena create termasuklah cerita mercu, segala macam jenis mercun nak bagi dia senyum n confident..masuk baju ketiga barulah dia dapat bagi post yang ok... Alisha done her good job. sangat comel dan berani...dia boleh menari macam angel dan ballerina kat depan camera man..such a lovely girl.. i love both of them..........Atuk jangan marah ye.........

resepi ayam percik kelate kuah putih versi kak za
ni resepi dari kak za khas untuk memenuhi kehendak mak andak Tuti....try jangan tak try
bawang merah
halia
lada hitam (sikit je)
santan pekat
semua diatas diblend
serai diketuk
garam gula
ayam
cara masak
bawang merah + halia + lada hitam + santan pekat diblend
rebus semua bahan sampai santan menggelegak
masukkan tepung beras. kacau sampai pekat.
tutup api dan keluarkan ayam.
panggang ayam sambil curahkan kuah sedikit
hidangkan bersama kuah tadi....
bawang merah
halia
lada hitam (sikit je)
santan pekat
semua diatas diblend
serai diketuk
garam gula
ayam
sedikit tepung beras (akhir sekali)
cara masak
bawang merah + halia + lada hitam + santan pekat diblend
rebus semua bahan sampai santan menggelegak
masukkan tepung beras. kacau sampai pekat.
tutup api dan keluarkan ayam.
panggang ayam sambil curahkan kuah sedikit
hidangkan bersama kuah tadi....
Resepi Spaghetti Shrimp Scampi (versi kite hehe)

sorry mak lang kalau salah resepi kita ni..ingat-ingat lupalah..tp alhamdulillah semua suka makan ni.
bahan2
spaghetti direbus dan ditos
ayam
udang
lada benggala, tomato didadu
daun bawang
sedikit butter untuk menumis
bawang putih diracik
jus lemon
cara2
panaskan kuali dan cairkan butter
tumis bawang putih sampai naik bau
masukkan ayam dan udang
bila agak masuk masukkan lada benggala, tomato dan daun bawang
masuk gula garam
dah masak jirus jus lemon
tadaaaaaa...dah siap.
Resepi karipap sardin
ikhsan dari Mak Andak..untuk jadi menu berbuka petang ni
Inti sardin:-
Tumis bwg mesin dan cili mesin agak2 untuk 1 tin(jgn byk sgt cili mesin nanti pedas). Minyak jgn terlalu byk sebab dalam kuah sardin dah ada minyak. Masuk kuah sardin sahaja tumis lagi. Masuk garam,gula, air asam jawa dan sedikit halia. Dah agak2 sebati masuk sardin dan bawang besar yang dipotong dadu 1 biji besar. Hancur2kan sardin dan biarkan sampai masak.
Puff sardin:-
Tepung 1kg(pack cap sauh). Ambil 3/4 dari pack digaul kan bersama 1/2 ketul butter cup yg telah dicairkan. Letak garam sikit.Standby air untuk digaulkan bersama2 tepung tadi. Yang ni kena agak2. Sambil uli tepung disulami dengan air. Tekan2 bagi lembut doh tadi jangan ada bubble. Ambil minyak sikit pada tangan licinkan adunan dan tutup sekejap dalam 5min. Masa nak canai kan make sure jangan terlalu nipis dan tebal.
Good luck!

Thursday, August 19, 2010
Hari terakhir before cuti panjang..............
Hari ni nak masuk ofis untuk terakhir kali sebelum bersalin. lepas ni nak ambil cuti. Dah tak larat. Tapi ada beberapa perkara yang tak selesai lagi. sedih betullah.
1. Minta paper dari 2 student - cuma 4 muka surat tak dapat2 nak hantar Bali dan Singapore.
2. Minta proposal dari student untuk minta geran dana galakan pun tak dapat2 hari ni due date- last2 aku gak yang buat.........Uwaaaaaaaaaaaaaaa...kenapa student2 ni tak macam kak za..........Supervisor mintak mesti siap...ini?

Wednesday, August 18, 2010
resepi ikan dory grilled bersos cili padi
mmm.lazatnya resepi baru ciptaan puan Haniza..eii meleleh air liur..rugi kalau tak cuba..selalu saya beli ikan dory tp tak reti nak masak apa..balik2 sweet sour..tp resepi ciptaan kak niza ni memang special..tak sabar nak cari ikan dory esok untuk buka puasa..apa lagi mari tengok resepinya
1, ikan dory tu grill ..
2. gravy dia tu buat macam msk lmk cili api pekat2..
3. blend bwg merah, bwg putih,halia,cili padi, kunyit n buah keras..tumis.hiris daun kunyit nipis2.mskkn santan pekat sket, rasa asam garamnya..
4. then tuang atas ikan grill tadi..
tadaaaaaa...dah siap..senang kan..huhu...tak sabar nak cuba resepi ni

Resepi Laksa Johor
Hajat dihati nak suruh hubby beli lalsa johor ni di pasar ramadhan tp dia lak request kita buat. so, nilah lagi satu resepi orang malas...as usual i wanna make it easy to do supaya tidak merasa beban membuatnya..selalu org rasa buat laksa johor ni susah sebenarnya simple je.
Bahan2
Utama
Spaghetti direbus dengan minyak dan sedikit garam..dah masak disiram bawah air mengalir dan tos
Kuah
1.Ikan direbus dan dikisar (apa2 jenis ikan lagi sedap ikan tenggiri)
2.Udang dikisar(tak yah banyak buat rasa jer)
3.bawang putih,bawang merah,halia,serai
4.asam keping
5.santan
6.serbuk kari, cili kisar (sikit je)
Cara membuat kuah
1. tumis bahan 3 sampai naik bau, masukkan bahan 6 sampai naik bau jugak
2. masukkan bahan 1 + 2 sampai agak menggelegak
3. masukkan santan + asam keping+ gula + garam
4. biarkan menggelegak
5. kecilkan api sehingga naik minyak
done
Bahan ulam
timun
daun kesum dihiris nipis
kacang panjang dipotong bulat2
limau kasturi
taugeh
last
sambal belacan
mmmmm.....senangkan.....makan sehingga mennjilat sudu..hehehe...sorry terlupa nak snap. tak sangka azeem pun suka.

Monday, August 16, 2010
contraction lagi..............
hari ni ke cyberview untuk diskus seminar CLES disusuli dgn berbuka puasa.drpd tengahari perut ni mengeras jer. sampai ke pukul 6 makin kuat sampai terpaksa gigit jari untuk kurangkan rasa sakit. eiii.....teruk betul. Rasa betul2 nak terberanak. semua ahli CLES pun risau. Dalam pada sakit dan meeting tu, Adi pulak tak dapat berbuka kerana kereta wifenya, Cah rosak selepas bayar tol cyberview..ralat sungguh dihati adikku sorang tak dapat join bersama. Yang ada Mazlan, kak Akmal n family, Ain n family. Me myself and my beloved hubby and last but not least our chubby RA Yana. before balik En Azizul datang and we borak2...hopefully he will give best rate for us.
dah tak tahan sangat sakit, hubby ajak g azzahrah..takut nak keluar sangat baby..buat CTG not so strong and jalan masih close..baby's head pun atas lagi..hai Ya Allah nampak gayanya lambat lagi ni...ingatkan dah nakbersalin sangat. by the way, tomorrow got another class. and friday azeem ada shooting untuk majalah jelita. ica dorang takmo sbb kecil sangat. tapi rasanya bawak jelah..mana lah tau ada rezeki..so, my dearie baby, lepas abang shooting baby lahir ye...

Thursday, August 12, 2010
check list before bersalin

ukm:
kkq1124
dah cover silibus sampai slide 8, tomorrow insyaallah 9 and 10 minggu depan 11 and 12. Lepas tu dah boleh pass ke dr azami.
Ekonomi Bangunan - dah selesai Kuliah - soalan exam belum buat kejar diri sendiri by wednesday 18 Ogos 2010*
CLES
Prof Pelawat - done
Hotel - Done
tiket Prof Pelawat - Done
Protokol - dah contact person incharge - dah serah pada shuhada dan ain
CPD - dah serah pada Yana dan Ain
Paper CLES - dah serah pada Shuhada dan Dr Nangkula
Dana Galakan - belum sentuh langsung- due 19.8.2010 - mesti buat by monday 16.8.2010*
paper utk bali - due 31 ogos - belum dapat dr Elmira kejar selasa 17 ogos depan*
paper untuk singapore - due 31 ogos - kena kejar Suhaida by 17 ogos jugak*
jurnal e-learning- done
kalau 4* perkara ni done..dah boleh beranak dengan aman on 20th ogos.....
Ya Allah permudahkan urusan ku Ya Allah
Persediaan bersalin
Bengkung - done
Jamu Nona Roguy - done
Mandian herba - done
baju baby - done
beg bawa hospital - belum lagi - sediakan by ahad 15 ogos*
pam susu - belum lagi**
stroller- belum **
bekas simpan susu**
pilis dan param- belum kena tanya helyna *
katil baby - belum cat kena kejar adli by sabtu 14 ogos*
* - urgent matter
** - bole delay sikit
mmm..insyaallah dah bole beranak..........
Wednesday, August 11, 2010
hari pertama puasa
Salam, Ramadhan,
Alhamdulillah ada maid yg boleh diharap...tak perlu susah2 bangun masak..she done everything 4 me. sahur makan ikan goreng, ikan kering, kobis masak air, tempe dan tahu goreng dan sambal kicap..nyum2..Alhamdulillah Azeem dan alusha tak liat nak bangun sahur...
kat UKM penat giler..perut lak asik contraction..baby mengeras je..sakit betul. betul2 rasa nak terberanak.Si Yana dan Suhaida risau betul tgk aku...alhamdulillah manage to bersabar n bertahan. nak balik kul 4 kena tgk report nisa utk BBI dan report paper peka..pengabih kul 4.40 baru boleh balik..tupun dgr rintihan kak Akmal jap..org UKMni macam2..suka cari pasal.
sampai umah kul 5 pm..terus amik budak2 n bibik g Family Store kat Impian Putra. ok gaklah..ada macam2. yg pentingya ada nugget sosej n sewaktu dgnnya. ari ni western skt sebab malas masak...so buat spaghetti je nmushroom soup maggie....malas bebenor..ayang balik bawak air tebu, piza dan roti john..itulah juadah berbuka arini..alhamdulillah. syukur azeem puasa sampai ptg walaupun beberapa kali merengek nak buka walaupun dah pukul 630 ptg...
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan almubarak

Salam semua,
Kedatangan ramadhan meruntun jiwa, bulan yang terbaik dalam 12 bulan kerana di dalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan..masyaallah rugilah sesiapa yang melepaskannya. Tahun ini aku melalui ramadhan dalam situasi berpantang insyaallah..aku berdoa semoga Allah memudahkan saat aku hendak melahirkan nanti...insyaallah...........
SEbelum melahirkan aku berdoa mendapat kekuatan untuk menjalani ibadat ini dengan sempurna...sesungguhnya Dia lebih mengetahui kemampuan hambaNya dan semoga juga anak di dalam kandungan dapat menanggung kehausan dan kelaparan sepanjang ramadhan.
MMM..apa nak masak tuk buka esok ye...malasnya nak masak.
Monday, August 9, 2010
today's check up
dah 3 hari perut ni contraction...dah tak tahan sungguh.. kalau duduk melunjur mesti lepas tu siksa nak bangun. semua tulang rasa nak tanggal. pernah sampai menangis sebab tak tau macamana nak bangun. sebenarnya dah tukar appointment jumpa doktor hari jumaat. tp sakit punya pasal..tak tahan..ari ni decide jumpa doktor. dah lah 3 minggu lepas doktor kata air banyak..hati di dalam sangatlah susah.
ari ni as usual, g amik no pastu breakfast. ari ni bf dgn ina. makan kat old timer..sedap nya soto ayam. lepas bf, g jumpa doktor. baby dah pun 2.8 kg. Aku g tau doc yang rasa dah t ak tertahan sangat semua tulang rasa nak tercabut. so doc scan and rasa baby. rupanya baby duduk betul2 atas tulang. dia tak duduk kat dalam laluan yang sebenar. Kedudukannya agak kekiri. memangpun aku rasa 3 hari lepas dia ternaik ke kiri. tapi dah g urut. ingatkan dia tak senget dah. rupanya masih lagi senget ke kiri. and lebih membuat aku susah hati, baby mengadap ke atas..erti kata lain dia terlentang. tak macam kebiasaan menelangkup. kata doktor, kesakitan melahirkan baby dlm keadaan ni adalah 10 kali lebih sakit dan lebih lama berbanding yang pandang ke bawah.
lepas jumpa doktor aaku menangis sebab rasa sgt takut..terbayang2 tak boleh beranak normal dan kena operate..nauzubillah. takut mati masa beranak...call UKMSC, ingat nak wat appointment jumpa mana2 Prof. unfortunately kena tolak sbb dah pun 9 bulan. lagilah aku nangis..sedih betul. Call kak Kham, dia lak tak jawab. hantar mesej kat fb pun tak balas..uwaaaaaaaaaaaa.......sedih giler.
last2 petang dia call, and she really help me...rasa tenang dengar explaination dia. kata dia not too worry sbb baru 36 weeks..ada 2 minggu lagi untuk baby berpusing and engage. lagi satu dia syorkan ambil epidural masa bersalin, supaya tak rasa sakit. maybe kalau baby tak pusing jugak aku amik epidural tu...
Ya Allah, bantu lah hambaMu yang lemah ini. semoga anak ku ini akan lahir dengan mudah dan sempurna..amin
Sunday, August 8, 2010
Doa Taubat (Astaghfirullah) - Pelajar Madrasah Al-Junied Islamiah Singapura
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku..permudahkan aku dalam segala urusan terutama saat melahirkan kelak.
Friday, August 6, 2010
Afgan - PadaMu Kubersujud
Terasa diriku negitu kerdil apabila sering lupa kepadaNya bila dalam kegembiraan..dan mencariNya hanya bila ku dalam kedukaan. Ya Allah janganlah Kau pinggirkan aku dari sisiMu...
Thursday, August 5, 2010
Sunday, August 1, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)