ari ni as usual, g amik no pastu breakfast. ari ni bf dgn ina. makan kat old timer..sedap nya soto ayam. lepas bf, g jumpa doktor. baby dah pun 2.8 kg. Aku g tau doc yang rasa dah t ak tertahan sangat semua tulang rasa nak tercabut. so doc scan and rasa baby. rupanya baby duduk betul2 atas tulang. dia tak duduk kat dalam laluan yang sebenar. Kedudukannya agak kekiri. memangpun aku rasa 3 hari lepas dia ternaik ke kiri. tapi dah g urut. ingatkan dia tak senget dah. rupanya masih lagi senget ke kiri. and lebih membuat aku susah hati, baby mengadap ke atas..erti kata lain dia terlentang. tak macam kebiasaan menelangkup. kata doktor, kesakitan melahirkan baby dlm keadaan ni adalah 10 kali lebih sakit dan lebih lama berbanding yang pandang ke bawah.
lepas jumpa doktor aaku menangis sebab rasa sgt takut..terbayang2 tak boleh beranak normal dan kena operate..nauzubillah. takut mati masa beranak...call UKMSC, ingat nak wat appointment jumpa mana2 Prof. unfortunately kena tolak sbb dah pun 9 bulan. lagilah aku nangis..sedih betul. Call kak Kham, dia lak tak jawab. hantar mesej kat fb pun tak balas..uwaaaaaaaaaaaa.......sedih giler.
last2 petang dia call, and she really help me...rasa tenang dengar explaination dia. kata dia not too worry sbb baru 36 weeks..ada 2 minggu lagi untuk baby berpusing and engage. lagi satu dia syorkan ambil epidural masa bersalin, supaya tak rasa sakit. maybe kalau baby tak pusing jugak aku amik epidural tu...
Ya Allah, bantu lah hambaMu yang lemah ini. semoga anak ku ini akan lahir dengan mudah dan sempurna..amin
2 comments:
kak anie..sabar ye dugaan kali nih....moga d permudahkan.. :)
terima kasih Aini....
Post a Comment